Nicol Kekalkan Gelaran Juara Terbuka Kepulauan Cayman

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mengekalkan gelaran juara Terbuka Kepulauan Cayman setelah menewaskan pemain England Jenny Duncalf pada kejohanan itu semalam.

Pada perlawanan akhir di Camana Bay, Grand Cayman, Nicol, yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu, hanya mengambil masa 32 minit untuk mengalahkan Duncalf dalam straight set dengan mata 11-8, 11-8 dan 11-4.

Untuk rekod, Nicol kalah dua kali kepada Duncalf November lepas pada perlawanan peringkat separuh akhir Terbuka Carol Weymuller dan Qatar Classic.

"Jenny memang lawan yang hebat. Mula-mula rasanya macam 3-2 (keputusan), kemudian 3-0, perlawanan pertama sungguh sengit.

"Gembira sungguh rasanya kerana saya berjaya mengekalkan gelaran juara di sini. Harap-harap saya akan dapat kembali ke sini bagi mempertahankan gelaran saya ini tahun depan dan sekiranya keadaan tubuh masih mengizinklan, pasti saya akan kembali ke sini bagi menyertai Terbuka Dunia 2012," kata pemain berusia 26 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu seperti yang dipetik daripada laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Kemenangan tersebut adalah kemenangan ketiga Nicol dalam pertandingan Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita (Wispa) tahun ini selepas dinobatkan sebagai juara Terbuka Chennai dan Terbuka Kuala Lumpur bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan