Nicol Temu Rachael Pada Saingan Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Nicol Ann David mengatasi pemain Perancis Camille Serme untuk mara ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Terbuka Kepulauan Cayman semalam.

Nicol, pemain nombor satu dunia itu, hanya mengambil masa 33 minit untuk memenangi perlawanan suku akhir di Camana Bay dengan keputusan straight set 11-4, 11-7 dan 11-6.

"Perlawanan itu sengit menandangkan kedua-dua kami cuba mengatasi masing-masing. Bagaimanapun, saya bangga dengan kemenangan 3-0." kata Nicol, selaku juara bertahan, seperti dipetik dalam laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Nicol akan menentang pemain Australia Rachael Grinham pada separuh akhir hari ini.

Dalam pada itu, Grinham pula mara ke separuh akhir dengan menewaskan pemain dari pusingan kelayakan, Sarah Kippax dari England, 8-11, 11-7, 11-9 dan 11-9 dalam masa 45 minit. Sementara itu, pemain pilihan kedua Jenny Duncalf dari England akan menentang pemain Ireland Madeline Perry dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Dalam perlawanan suku akhir, Duncalf mengalahkan pemain Perancis Isabelle Stoehr 11-5, 11-8 dan 11-8 dalam masa 28 minit manakala pemain pilihan keempat, Perry, pula terpaksa betarung selama 62 minit sebelum mengatasi pemain Australia asey Brown 3-11, 11-6, 12-10 dan 11-7. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan