Nicol Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan pemburuannya untuk merangkul gelaran juara buat kali ketiga musim ini dengan menumpaskan pemain bukan pilihan Jaclyn Hawkes dari New Zealand pada Kejohanan Skuasy Cayman Islands Open, hari ini.

Edisi kedua kejohanan Cayman Islands Open itu berlangsung di Grand Cayman, yang terletak di Caribbean.

Nicol kini memburu gelaran juara kejohanan itu buat kali kedua selepas beliau mengungguli kejohanan tersebut tahun lepas. Pemain berumur 26 tahun dari Pulau Pinang itu mengambil masa hanya 24 minit untuk menewaskan lawannya dengan 11- 3, 11-5 dan 11-3 bagi membolehkan beliau mara ke kelompok lapan pemain terakhir.

"Saya merasa senang beraksi di gelanggang kaca ini untuk memenangi perlawanan pertama saya menewaskan Jaclyn Hawkes," kata Nicol yang dipetik dari laman wab sosialnya Facebook hari ini.

Saingannya pada peringkat suku akhir nanti adalah Camille Serme dari Perancis yang menewaskan pemain tuan rumah Marlene West, juga dalam straight set 14-12, 11-4 dan 11-5 dalam masa 26 minit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan