BAM Pecat Ganga Rao

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memecat Setiausaha Kehormatnya P. Ganga Rao.

Presiden BAM Datuk Nadzmi Mohd Salleh berkata pemecatan tersebut berkuat kuasa serta merta dan Ganga tidak lagi terlibat dalam BAM.

"Saya memberi jaminan bahawa keputusaan ini tidak akan menjejaskan persiapan pasukan negara untuk menghadapi Piala Thomas pada Mei nanti," katanya.

Pada Mac lepas, BAM telah membuat keputusaan untuk menggantung Ganga, yang telah berkhidmat selama 22 tahun dengan persatuan itu dan penggal kedua sebagai setiausaha.

Nadzmi tidak menyatakan sebab pemecatan itu tetapi laporan akhbar sebelum ini mendakwa siasatan dalaman telah dilakukan Nadzmi selepas menerima aduan mengenai beberapa salah laku Ganga daripada anggota Majlis, penaja dan orang perseorangan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan