Piala Thomas: Pemain Beregu Negara Anggap China Halangan Utama

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain beregu negara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menganggap pasukan China sebagai halangan utama pasukan Malaysia untuk merangkul kejuaraan Piala Thomas tahun ini.

Beliau berkata, prestasi pemain badminton China yang konsisten berbanding pasukan negara lain seperti Denmark dan Indonesia merupakan kekuatan sebenar negara itu dan tidak boleh diambil mudah.

Bagaimanapun beliau berkata, kelebihan tetap ada pada pasukan negara memandangkan mereka akan bermain di gelanggang sendiri pada kejohanan itu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei ini.

"Tak boleh nak cakap... (peluang untuk menang) tapi kelebihan itu tetap ada.

"Pasukan Malaysia sebenarnya pasukan yang kuat, kita ada nombor satu perseorangan dan nombor satu beregu dan kita juga ada sokongan penonton," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini hari ini.

Fairuzizuan berkata, walaupun persiapan latihan belum sampai tahap 100 peratus, namun beliau dan rakan sepasukannya kini bersemangat untuk menghadapi kejohanan itu dan semakin berkeyakinan.

Beliau dan pasangannya Mohd Zakry Abdul Latif dilihat berpeluang tinggi untuk disenaraikan sebagai beregu kedua negara di belakang beregu nombor satu dunia Koo Kean Keat-Tan Boon Heong.

Bagaimanapun senarai akhir pemain badminton yang akan mewakili negara hanya akan diumumkan selepas Kejohanan Badminton Asia di New Delhi pada 12 hingga 18 April ini.

Selain kedua-dua beregu itu, beregu pelapis negara Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong turut mendapat perhatian ketua jurulatih beregu Rexy Mainaky, untuk diturunkan pada kejohanan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan