KBS Sasar Malaysia Rangkul Kembali Piala Thomas Tahun Ini - Raket | mStar

KBS Sasar Malaysia Rangkul Kembali Piala Thomas Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini dilanda pelbagai masalah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap mensasarkan Malaysia untuk menjuarai Piala Thomas pada edisi ke-26 kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 9-16 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata tiada alasan buat skuad badminton Malaysia yang diketuai oleh pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk gagal merangkul piala berprestij sukan tersebut selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

"Malaysia mempunyai Lee Chong Wei serta dua beregu lelaki terbaik (Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Mohd Fairuzizuan Tazari/Mohd Zakry Abdul Latiff). Tambahan lagi bermain di gelanggang sendiri, tiada alasan untuk gagal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu meluang masa hampir dua jam untuk melihat latihan skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini.

Ahmad Shabery berkata berdasarkan sejarah lepas, atlet Malaysia seolah-olah mendapat kekuatan baru apabila bertanding di negara sendiri walaupun tidak diberikan sebarang harapan sebelum itu.

Mengenai krisis kepimpinan dalaman BAM yang diterajui presidennya Datuk Mohd Nadzmi Salleh, Ahmad Shabery berkata masalah tersebut adalah isu dalaman persatuan tersebut dan belum masanya KBS campur tangan.

Krisis kepimpinan BAM didakwa bermula dari tindakan Nadzmi yang kini terlalu menekan barisan kejurulatihannya untuk mengembalikan kegemilangan pasukan negara.

Barisan jurulatih tersebut sebaliknya mendakwa Nadzmi kini semakin mengabaikan tugasnya dan tidak lagi mengambil berat kebajikan jurulatih dan pemain yang bernaung di bawah BAM.

Di sebalik semua masalah itu, Ahmad Shabery bagaimanapun mahukan jurulatih, pemain dan kepimpinan BAM untuk fokus kepada peranan masing-masing agar misi untuk menjulang Piala Thomas tercapai.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata KBS akan memastikan peruntukan RM16 juta bagi menjayakan program 'Road To London 2012' akan turut mencakupi aspek pemakanan kesihatan.

Beliau berkata program yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012 perlu meliputi segala aspek bagi pembangunan atlet sepenuhnya dan bukan hanya tertumpu kepada latihan, tempat tinggal atau peralatan sahaja. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan