Beng Hong Halangan Terakhir Chong Wei Rangkul Kejuaraan Kali Kelapan GP Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kuan Beng Hong menjadi halangan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran kali kelapan perseorangan lelaki pada perlawanan akhir kejohanan Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup di sini, esok.

Chong Wei mara ke perlawanan akhir apabila mudah mengalahkan Chan Kwong Beng 21-10,21-7 dalam tempoh 26 minit pada perlawanan peringkat separuh akhir malam ini. Beng Hong pula dipaksa bermain sehingga ke set penentuan sebelum berjaya menundukkan pemain dari Kedah, Tan Chun Seang 17-21,21-10,21-8 untuk mara ke perlawanan akhir. Mengulas mengenai pertemuan esok, Beng Hong berkata agak sukar untuk menewaskan Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia.

"Saya tidak memikirkan soal menang. Saya hanya memikirkan bagaimana untuk meraih sebanyak mata yang mungkin. Secara jujur saya katakan Chong Wei terlalu kuat daripada semua pemain yang ada di sini.

"Perbezaan saya dengan Chong Wei cukup jauh, saya perlu realistik dan anggap ia satu pengalaman berguna dalam perlawanan yang kompetitif yang tidak boleh dilepaskan," katanya yang sedang berusaha untuk mendapatkan tempat di dalam skuad Piala Thomas negara, Mei ini.

Sementara itu, pasangan beregu veteran negara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah masih mampu bertahan apabila berjaya mengenepikan cabaran Mohd Fairuzizuan Tazari- Mohd Zakry Latif 21-7, 17-21, 21-12 di peringkat separuh akhir hari ini.

Lawan mereka esok di perlawanan akhir ialah beregu muda, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong. Beregu utama wanita negara Chin Ee Hui-Wong Pei Tty pula melangkah ke perlawanan akhir apabila menewaskan gandingan Goh Liu Ying-Nairul Suhada Abdul Latif dengan keputusan 21-16,21-9.

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir badminton GP Akhir Kebangsaan yang berlangsung hari ini:

Beregu Campuran:

Chan Peng Soon - Goh Liu Ying melawan Ong Jian Guo - Chong Sook Chin 21-16 13-21 21-15

Mohd Fairuzizuan Tazari - Wong Pei Tty melawan Lim Khim Wah - Ng Paou Leng 21-11,21-16

Perseorangan Wanita:

Lydia Cheah Li Ya melawan Sonia Cheah Su Ya 22-20 21-18

Tee Jing Yee melawan Yang Li Lian 21-19,21-13

Beregu Lelaki:

Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong melawan Goh Wei Shem-Vountus Indra Mawan 21-19 21-15;

Choong Tan Fook-Lee Wan Wah melawan Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif 21-7,17-21,21-12

Perseorangan Lelaki:

Lee Chong Wei melawan Chan Kwong Beng 21-10 21-7;

Kuan Beng Hong mn Tan Chuan Seang 17-21,21-10,21-8;

Beregu Wanita:

Lim Yin Loo-Ng Paou Leng melawan Lim Yee Theng-Ng Soo Mui 21-14,21-16;

Chin Eei Hui-Wong Pei Tty melawan Goh Liu Ying- Nairul Suhada Abdul Latif 21-16 21-9 - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan