Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Bermula

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra 2009 bermula di sini dengan perasmian kejohanan kali ke-29 itu berlangsung semalam di sini.

Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad merasmikan kejohanan yang disertai lebih 400 pemain daripada sembilan negara iaitu Korea Selatan, Filipina, Afrika Selatan, Singapura, Kazakhstan, Indonesia, Sri Lanka, dan Uzbekistan selain pemain negara tuan rumah Malaysia.

Mohd Radzi berkata kejohanan kali ke-29 itu bukan sekadar mencungkil bakat pemain tenis remaja sebelum melangkah ke arena yang lebih besar namun ia juga merupakan ikatan silatulrahim melalui kegiatan sukan yang telah memperkenalkan Perlis kepada dunia.

Sempena kejohanan itu, turut berlangsung kejohanan tenis antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang pertama kali diadakan.

Sebanyak tujuh IPTA menyertai kejohanan iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Perlis, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Teknologi Malaysia International Campus(UTMIC) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kejohanan selama lima hari itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Perlis dan Persatuan Tenis Perlis (PTPs). BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan