Kehadiran Mantap Malaysia Di Peringkat Akhir Super Series Masters

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lee Chong Wei meredah ke peringkat akhir perseorangan lelaki pada Super Series Masters buat tahun kedua berturut-turut.

Beliau menumpaskan peserta Denmark Peter Gade di pertarungan separuh akhir di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya di sini semalam dengan itu akan berdepan dengan peserta Korea Selatan Park Sung Hwan untuk merebut kejuaraan dan cek pemenang US$40,000 esok.

Bacaan keputusan 21-17, 21-16 memihak kepada Chong Wei.

Seperti Chong Wei, regu wanita Wong Pei Tty dan Chin Ee Hui juga akan mempertahankan kejuaraan mereka esok.

Kemenangan 21-15, 21-18 ke ats peserta Thailand Kunchala Voravichit dan Duang Anong Kesorn dalam pertarungan separuh akhir mereka membuka laluan bagi pasangan Malaysia bermain menentang johan Eropah Lena Kristiansen dan Kamilla Juhl esok.

Wong Mew Choo juga berjaya ke peringkat akhir selepas menewaskan peserta Belanda Yao Jie 21-10, 21-10 hari ini. Wong akan berdepan dengan peserta Jerman Julian Schenck.

Namun perjuangan bagi regu lelaki negara Moh Zakry Latiff dan Fairuzizuan Tazari kini berakhir setelah tewas di tangan peserta Korea Selatan Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung 14-21, 11-21. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan