Peter Gade Mara Ke Separauh Akhir Badmiton Super Siri Masters

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Peter Gade berjaya melakukannya dan pada usia 33 tahun, dia masih mempunyai semangat juang untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan badminton Super Siri Masters akhir di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya di sini hari ini.

Keadaan dilihat agak sukar bagi juara Denmark itu dalam perlawanan penentuan kumpulan menentang Boonsak Ponsana dari Thailand hari ini namun dia berjaya mengatasi halangan untuk menewaskan lawannya 21-13, 20-22, 21-15 bagi menempah tempat ke separuh akhir bersamasama pemain Korea Selatan Park Soon Hwan.

"Perlawanan ini sememangnya sukar tetapi saya gembira saya berjaya melakukannya. Perlawanan separuh akhir lain cerita. Saya akan mendapatkan rehat secukupnya dan tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok," kata Gade.

Gade akan berdepan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan separuh akhir esok.

Chong Wei selaku juara bertahan mengalahkan pemain China Bao Chunlai 21-13, 21-11 untuk berada di kedudukan teratas kumpulan manakala satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan Sung Hwan menentang Chunlai.

Malaysia turut meraih kemenangan menerusi perseorangan wanita Wong Mew Choo yang berkesudahan sebagai juara kumpulan selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam perlawanan kumpulannya selepas menang mudah 21-6, 21-13 ke atas Charmaine Reid dari Kanada hari ini.

Choo akan menentang pemain Belanda Yao Jie dalam perlawanan separuh akhir manakala Julia Schenk dari Jerman pula berdepan pemain India Sania Nehwal dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Gandingan Zakry Mohd Latiff dan Fairuzizuan Tazari turut melepasi halangan menerusi kemenangan 21-13,21-13 ke atas pasangan Indonesia Rian Sukmawan dan Yonathan Suryatama dalam masa 24 minit untuk mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat terkeluar daripada saingan dan terpaksa melepaskan kejuaraan yang mereka menangi tahun lepas setelah kalah kepada pasangan China Xu Chen dan Guo Zhendong 72-1, 21-16, 12-21 dalam perlawanan akhir kumpulan.

Beregu Korea Selatan Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung akan berdepan pasangan dari Malaysia itu dalam perlawanan separuh akhir esok manakala gandingan dari China pula menentang wakil Denmark Carsten Morgensen dan Mathias Bao dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan