Nicol rangkul terbuka Hong Kong bagi kali kelima

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kelima berturut-turut apabila menumpaskan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy pada perlawanan akhir hari ini.

Nicol, pemain nombor satu dunia berusia 25 tahun itu, hanya mengambil masa 25 minit untuk mengalahkan Omneya 11-4, 11-7, 11-7 di gelanggang kaca di pusat membeli belah Plaza Hollywood di Kowloon, Hong Kong.

Ini adalah julung kali Nicol bertemu dengan Omneya dalam manamana perlawanan akhir pada Jelajah Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Omneya, pemain pilihan keenam kejohanan, layak ke perlawanan akhir selepas mengejutkan pemain pilihan ketiga Rachael Grinham dari Australia pada saingan separuh akhir semalam.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Mesir Amr Shabana turut mengekalkan kejuaraannya buat kali kelima berturutturut selepas pemain pilihan kedua Gregory Gaultier dari Perancis bersara pada set keempat perlawanan akhir akibat kecederaan lutut.

Amr berjaya mengatasi 11-8 pada set pembukaan, tewas 9-11 pada set kedua, menang 11-3 ketiga dan mendahului 5-2 pada set keempat apabila Gaultier tidak dapat meneruskan permainan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan