Nicol mara ke suku akhir terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David mara ke peringkat suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2009 di Pusat Skuasy Hong Kong, semalam.

Laman web skuasy www.squashsite.co.uk, melaporkan bahawa Nicol mengambil masa 28 minit untuk mengalahkan pemain bukan pilihan Line Hansen dari Denmark dalam straight set 11-9, 11-8 dan 11-7.

"Dia bermain dengan baik, ini kali pertama kami bermain dan dia tak rugi apa-apa. Dia membuat pukulan yang baik dan semuanya kena belaka pada peringkat awal.

"Saya terpaksa bekerja keras untuk membiasakan diri dengan gelanggang dan membuat pukulan dengan baik. Oleh itu, saya amat gembira apabila menang dengan tiga set secara terus," kata Nicol yang dipetik laman web itu.

Dengan kemenangan itu, hari ini, Nicol akan bertemu pemain tuan rumah dan pemain pilihan ke-13 Rebecca Chiu, yang menumpaskan pemain Korea Selatan Song Sunmi, juga dengan straight set 11-9, 11-4 dan 11-4 dalam masa 21 minit.

Bagaimanapun, persembahan cemerlang Nicol gagal ditandingi oleh pemain Malaysia lain apabila Delia Arnold tewas kepada pemain pilihan ketiga Rachael Grinham dari Australia 3-11, 7-11 dan 4-11 dalam masa 20 minit.

Dalam pada itu, Low Wee Wern kalah kepada pemain pilihan kelima Jenny Duncalf dari England 7-11, 7-11 dan 8-11 dalam masa 25 minit.

Sharon Wee pula menyerah kalah kepada pemain Mesir Abdel Kawy, juga dalam straight set, 6-11, 2-11 dan 6-11.

Dalam saingan lelaki, Mohd Azlan Iskandar mara ke suku akhir selepas menundukkan pemain Australia Cameron Pilley 11-9, 11-7, 11-4 dalam masa 45 minit.

"Saya bangga dengan corak permainan saya walaupun ada ketika saya boleh melakukan dengan lebih baik. Saya harap untuk menampilkan persembahan yang lebih baik esok," kata Mohd Azlan.

Sementara itu, pemain tanpa pilihan Ong Bee Hee berhempas pulas selama 90 minit dengan pemain England James Willstrop sebelum tersingkir 10-12, 4-11, 11-9, 11-7, 12-14. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan