Beng Hong juara badminton Terbuka Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemain perseorangan badminton kebangsaan, Kuan Beng Hong menewaskan bekas juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Terengganu di Stadium Negeri di sini semalam.

Beng Hong, pilihan kedua kejohanan menumpaskan Hafiz yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan dengan keputusan 21-18, 21-17 dalam masa kira-kira 30 minit.

Sebagai juara Beng Hong membawa pulang wang tunai RM4,000 manakala Hafiz RM2,000.

Dalam kategori perseorangan wanita, Lydia Cheah Li Ya menepati ramalan muncul juara selepas mengalahkan Tee Jing Yiu dengan keputusan 21-14, 21-19.

Lydia membawa pulang wang tunai RM2,000 sementara naib juara RM1,000 di samping piala.

Sementara itu, dalam kategori beregu lelaki, pasangan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng muncul juara setelah mengalahkan pasangan Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan dengan keputusan 21-13, 21-19.

Juara acara beregu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 manakala naib juara pula RM2,000 di samping piala.

Bagi acara beregu wanita, johan disandang pasangan beregu utama kebangsaan Chin Eei Hui/ Wong Pei Tty selepas menewaskan pasangan muda, Amelia Anscelly/Nairul Suhada Abdul Latif dengan keputusan 21-16, 21-11.

Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari yang berpasangan dengan Pei Tty pula muncul juara beregu campuran apabila mengalahkan gandingan Mohd Razif Latif/Nairul Suhada Abdul Latif 21-17, 21-7.

Kejohanan yang bermula dari 30 Sept hingga 3 Okt itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM50,000. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan