Badminton: Choong Hann tewas perlawanan akhir Terbuka Taiwan

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton veteran negara, Wong Choong Hann gagal bergelar juara perseorangan lelaki Terbuka Taiwan apabila tewas kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini.

Menurut laman web rasmi kejohanan, Choong Hann yang kini merupakan pemain persendirian sejak setahun lepas tewas kepada Tien Minh di dalam permainan dua set 11-21 dan 14-21. Pada peringkat separuh akhir semalam, pemain berusia 32 tahun itu berjaya mempamerkan persembahan terbaik apabila menewaskan pemain Indonesia yang juga merupakan bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat 21-18 dan 21-16.

Pada minggu lepas, Choong Hann turut tewas pada perlawanan akhir Terbuka Macau, China kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dengan keputusan 21-15 dan 21-19. Kekalahan itu juga meranapkan impian Choong Hann untuk mengulangi pencapaian menjuarai kejohanan sama ketika menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada 2003, gelaran terakhir yang diraihnya.

Gelaran beregu campuran pula menjadi milik pasangan India, Valiyaveetil Diju dan Jwala Gutta yang menewaskan pasangan Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada peringkat separuh akhir semalam. Mereka mempamerkan kehebatan apabila menewaskan pasangan Indonesia, Hendara Aprida Gunawan dan Vita Marissa pada perlawanan akhir dalam permainan dua set, 23-21 dan 21-18. Tuan rumah pula memastikan dua gelaran iaitu perseorangan wanita dan beregu lelaki yang menewaskan lawan masingmasing. Perseorangan tuan rumah, Shao Chieh Cheng menewaskan Seung Hee Bae dari Korea Selatan dalam permainan tiga set 17-21, 21-12, 21-15 manakala beregu lelaki mereka, Hong Ling Chen/Yu Lang Lin menewaskan pasangan Hong Kong, Yohan Hadikusumo Wiramata/Wai Hong Wong keputusan 14-21, 21-12, 21-19. China meraih gelaran tunggal melalui beregu wanita apabila pasangan ranking ke-17 dunia, Yang Wei/Zhang Jiewen menewaskan gandingan IndonesiaAmerika Syarikat iaitu Vita Marissa/Mona Santosa 21-14, 21-9.

KEPUTUSAN:

PERSEORANGAN LELAKI:

Wong Choong Hann (MAS) kk Nguyen Tien Minh 21-11, 21-14

PERSEORANGAN WANITA:

Shao Chieh Cheng (TPE) mn Seung Hee Bae (KOR) 17-21, 21-12, 21-15

BEREGU LELAKI:

Hong Ling Chen/Yu Lang Lin (TPE) mn Yohan Hadikusumo Wiramata/Wai Hong Wong 14-21, 21-12, 21-19.

BEREGU WANITA:

Yang Wei/Zhang Jiewen (CHN) mn Vita Marissa (INA)/Mona Santosa (USA) 21-14, 21-9

BEREGU CAMPURAN:

Diju Valiyaveetil/Jwala Gutta (IND) mn Hendra Aprida Gunawan/Vita Marissa (INA) 23-21, 21-18

BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan