Chong Wei raih kejuaraan Terbuka Macau

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pada set pertama, Chong Wei menumpaskan Choong Han 21-15 dan pada set kedua pemain veteran negara itu cuba bangkit namun dinafikan Chong Wei dengan kemenangan 21-19 dalam permainan yang berlangsung selama 36 minit.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei menebus kekalahan tahun lalu setelah ditundukkan oleh pemain Indonesia Taufik Hidayat pada perlawanan akhir.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut meraih kemenangan apabila berjaya menewaskan rakan senegara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah 21-14, 17-21, 21-12 dalam masa 34 minit.

Gelaran juara bagi beregu wanita menjadi milik pasangan China, Du JingYu Yang yang menumpaskan rakan sepasukan, Yang WeiZhang Jiewen 21-16, 21-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 23 minit.

Kejuaraan beregu campuran turut diraih pemain China, He HanbinYu Yang setelah menumpaskan pasangan Indonesia Hendra Aprida Gunawan-Vita Marissa 21-14, 21-9 dalam tempoh 29 minit.

Perseorangan wanita menjadi milik pemain China Wang Yihan yang menumpaskan rakan sepasukan Jiang Yanjio 16-21, 22-20, 21-12 dalam masa 59 minit.

KEPUTUSAN AKHIR:

PERSEORANGAN LELAKI:

Lee Chong Wei (MAs) mn Wong Choong Hann (MAs) 21-15, 21-19

PERSEORANGAN WANITA:

Wang Yihan (CHN) mn Jiang Yanjiao (CHN) 16-21, 22-20, 21-12

BEREGU LELAKI: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (MAs) mn Choong Tan Fook-Lee Wah Wah (MAs) 21-14, 17-21, 21-12

BEREGU WANITA:

Du JingYu Yang (CHN) mn Yang WeiZhang Jiewen (CHN) 21-16, 21-11.

BEREGU CAMPURAN:

He Hanbin-Yu Yang (CHN) mn Hendra Aprida Gunawan-Vita Marissa (INA) 21-14, 21-9. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan