19 pemain utama ATP beraksi di Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 19 pemain utama dalam ranking Persatuan Tenis Profesional (ATP) telah mengesahkan penyertaan pada Jelajah ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini dari 26 September hingga 4 Oktober ini.

Pengarah Kejohanan, Nick Freyer, yang juga Naib Presiden Kanan IMG dan Ketua Tenis IMG Asia, berkata kesemua pemain berkenaan, yang menduduki ranking antara lapan hingga 64 ATP, akan beraksi pada undian utama kejohanan.

Katanya undian utama peseorangan lelaki mempunyai 28 tempat dengan empat pemain pilihan utama akan menerima 'bye' pada pusingan pertama.

Pemain berkenaan ialah Nikolay Davdenko, pemain ranking kelapan dari Russia, Fernando Verdasco (10-Sepanyol), Robin Soderling (11-Sweden), Fernando Gonzalez (12-Chile) Gael Monfils (13-Perancis), Tomas Berdych (18-Republik Czech), David Ferrer (19-Sepanyol).

Dmitry Tursunov (32-Russia), Feliciano Lopez (36-Sepanyol), Richard Gasquet (38-Perancis), Lleyton Hewitt (42-Australia), Igor Kunitsyn (43-Russia), Martin Vassallo Arguello (49-Argentina).

Kristof Vliegen (50-Belgium), Jose Acasuso (51-Argentina), Florent Serra (56-Perancis), Andrey Golubev (57-Kazahakstan), Christophe Rochus (60-Belgium) dan pemain ranking ke-64 dari Russia, Mihail Youzhny.

Pusingan kelayakan mempunyai 32 tempat dengan tiga tempat dikhaskan untuk pemegang 'wild card', di mana dua daripadanya diberikan kepada pemain Malaysia.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai US$947,750 (RM3.31 juta).

Tiket kejohanan boleh dibeli melalui TicketPro di laman web www.ticketpro.com.my atau talian hotline +60378807999 dan juga di tiket kaunter Ticketpro. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan