Badminton Piala Dunia: Chong Wei menang, Eei Hui-Pei Tty terkeluar

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD: Pasangan beregu wanita utama dunia, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty tewas pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di sini semalam kepada pasangan Jepun Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna 21-19, 19-21 dan 12-21.

Pasangan Jepun itu mengubah corak permainan mereka antara rali panjang dan pukulan pendek untuk mengelirukan pasangan Malaysia itu.

Namun pemain perseorangan lelaki utama negara, Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-13, 21-17 untuk mara ke suku akhir hari ini.

Bagaimanapun seorang lagi pemain harapan perseorangan lelaki negara, Wong Choon Hann tewas kepada pemain pilihan kedua kejohanan dari China, Chen Jin 21-12, 21-7.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menewaskan pasangan Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuk dan Rian Sukmawan 21-14, 21-7 dan turut layak ke suku akhir.

Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula menewaskan pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato 21-14, 21-17.

Dalam acara beregu campuran, pasangan Malaysia Koo Kien Keat-Ng Hui Lin tewas kepada pasangan Indonesia Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-15, 21-19.

Keputusan perlawanan pusingan ketiga yang melibatkan pemain Malaysia.

Perseorangan lelaki: Chong Wei (MAs) mn Minh Nguyen (VIE) 21-13, 21-17; Chen Jin (CHN) mn Choon Hann (MAs) 21-12, 21-7.

Beregu lelaki: Mohd Zakry /Mohd Fairuzizuan (MAs) mn Suryatama Dasuk/ Sukmawan (INA) 21-14, 21-7; Kien keat/Boon Heong (MAs) mn Kawamae/Sato (JPN) 21-14, 21-17.

Beregu wanita: Maeda/ Suetsuna (JPN) mn Eei Hui/Pei Tty (MAs): 19-21, 21-19, 21-12.

Beregu campuran: Widianto/Natsir (INA) mn Kien Keat/ Hui Lin (MAs):21-15, 21-19. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan