Badminton: Cabaran Tan Fook-Wan Wah berakhir

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD: Beregu lelaki veteran Malaysia Choong Tan Fook/Lee Wan Wah gagal meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Dunia Yonex-Sunrise di sini setelah tunduk kepada gandingan Amerika Syarikat Howard BachTony Gunawan hari ini.

Pasangan Amerika itu, yang merupakan juara dunia pada 2005, menang set pertama 21-15 tetapi beregu negara bangkit semula untuk menang set kedua 21-18. Dalam set penentuan, pasangan veteran Malaysia itu terpaksa mengejar untuk mengikat kedudukan 20-20 tetapi akhirnya tunduk 21-23.

"Mereka (pasangan Amerika) beraksi sangat baik dan kami terlalu membenarkan mereka untuk menjarakkan mata. Nasib memihak kepada mereka," kata Wan Wah kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, beregu campuran Malaysia Goh Liu Ying/Chan Peng Soon turut terkandas hari ini setelah tunduk kepada pasangan China Zheng BoMa Jin.

Beregu China itu, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, menamatkan cabaran gandingan Malaysia 21-16, 21-12 dalam masa 29 minit.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Operasi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Thomas Lund memaklumkan media bahawa seorang jurulatih (tanpa menamakannya) pada kejohanan itu masih menjalani rawatan dan belum disahkan sama ada dijangkiti atau tidak Influenza A (H1N1).

"Jurulatih itu hanya menerima rawatan biasa kerana simptom serupa selesema. Pada ketika ini belum lagi disahkan apaapa dan berdasarkan simptom kemungkinan untuk H1N1 adalah kecil," katanya.

Pagi ini seorang jurulatih beregu Malaysia dimasukkan ke Chest Hospital di bandaraya ini untuk mendapatkan rawatan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan