England tarik diri atas faktor keselamatan

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD: England telah menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia, yang bermula di sini hari ini, atas faktor keselamatan.

"Oleh kerana ancaman keselamatan, England menarik diri kesemua lapan pemain yang berlepas pulang pagi ini. Perancis juga bercadang untuk mengikut jejak pasukan Inggeris itu," kata seorang pegawai kanan jawatankuasa penganjur hari ini.

Akhbar 'Times of India' dalam laporan muka surat depan memetik Biro Perisikan India sebagai berkata kejohanan itu menghadapi ancaman keselamatan serius dari kumpulan pelampau LashkareTaiba.

Langkah keselamatan di sekitar stadium diperketatkan manakala polis dan pegawai kejohanan sering kali menjelaskan bahawa tiada ancamam keselamatan seperti dilaporkan itu.

Bagaimanapun, beberapa pasukan tidak mengambil mudah laporan akhbar itu khususnya selepas insiden pasukan kriket kebangsaan Sri Lanka diserang hendap oleh sekumpulan bersenjata di Lahore, Pakistan, Mac lepas.

Dalam kejadian itu, beberapa pemain yang menaiki bas untuk mengikuti latihan di sebuah stadium mengalami kecederaan.

Pada 2007, Kejohanan Badminton Terbuka India di sini terpaksa ditangguhkan selepas tiga kejadian letupan bom di mana 30 orang terkorban.

Kejohanan itu kemudian diadakan pada tahun berikutnya.

Dalam pada itu, Persekutuan Badminton Dunia dalam kenyataan berkata polis bandaraya Hyderabad menafikan laporan akhbar itu dan venue kejohanan, Stadium Tertutup Gachibowli di sini, bukan menjadi sasaran kumpulan pengganas.

Kejohanan berprestij itu disertai kirakira 330 pemain dari 44 buah negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan