Ancaman pengganas di Hyderabad risaukan pemain badminton Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD: Ketika Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih lagi bimbangkan keselamatan para pemain yang akan beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia YonexSunrise di sini, pemain-pemain Malaysia sedikit terganggu dengan berita kemungkinan serangan pengganas.

Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui beliau terkejut dengan laporan sebuah akhbar semalam tetapi pemain-pemain Malaysia tetap menjalankan latihan harian mereka dan berharap untuk beraksi pada kejohanan besar itu.

" Memang menakutkan untuk mendengar berita itu (ancaman keganasan) dalam akhbar, beberapa pemain terganggu tetapi kami serahkan kepada pengurus pasukan dan kerajaan untuk menentukannya (jika mahu pasukan itu kekal di sini)," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di Stadium Tertutup Gachibowli di sini hari ini.

Semalam, akhbar Times of India melaporkan di muka hadapan bahawa Biro Perisikan India (IB) menjangkakan pengganas akan mensasarkan kejohanan badminton itu yang akan bermula esok, di mana kira-kira 330 pemain dari 43 negara akan bertanding.

Sementara itu, BWF cuba meredakan berita tentang kemungkinan ancaman itu dan memastikan langkah-langkah keselamatan diambil untuk melindungi pasukan-pasukan di Hyderabad, tetapi mengakui mereka tidak dapat meyakinkan pasukan England untuk kekal.

" BWF menghormati keputusan oleh pasukan England itu, malangnya mereka membuat keputusan mereka sebelum kami ada peluang memberi penjelasan kepada mereka. Tiada ancaman yang khusus datang daripada manamana kumpulan," kata Ketua Pegawai Operasi BWF Thomas Lund kepada media hari ini.

BWF tidak akan mengenakan denda kepada pasukan England tetapi pasukan itu perlu membuat bayaran penarikan diri sebanyak AS$250 bagi setiap pemain.

Pasukan England dengan sembilan orang pemain bertolak pulang pagi ini, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan