Nicol mara ke suku akhir terbuka Seoul

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Terbuka Seoul BBQ, malam tadi.

Kejohanan yang diadakan di gelanggang kaca di IPark Mall, Yongsan Plaza, menyaksikan pemain 25 tahun berasal dari Pulau Pinang itu menewaskan Annie Au dari Hong Kong 11-4, 4-11, 11-6 dan 11-7.

Nicol akan bertemu pemain England Alison Waters pada perlawanan separuh akhir hari ini.

Terdahulu, Waters menewaskan pemain tuan rumah Song SunMi dengan 11-2, 11-8 dan 11-8.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama malam ini, pemain Belanda Natalie Grinham juga menang mudah apabila menewaskan Latasha Khan dari Amerika Syarikat 11-6, 11-6 dan 11-7.

Perlawanan antara Kasey Brown dari Australia dan Samantha Teran dari Mexico masih berjalan.

Sementara itu, pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung kelamrin menyaksikan pemain nombor lima dunia Jenny Duncalf dari England layak ke suku akhir selepas menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-6, 112 dan 11-9.

Duncalf akan bertemu pemain Ireland Madeline Perry, yang menewaskan pemain New Zealand, Jaclyn Hawkes 12-10, 11-5 dan 11-7.

Seorang lagi pemain New Zealand Shelly Kitchen akan bertemu pemain nombor dua Australia Rachael Grinham hari ini.

Kitchen menewaskan Rebecca Chiu dari Hong Kong 11-3, 11-3 dan 11-5, manakala Grinham mengenepikan rakan senegaranya Donna Urquhart dengan 12-10, 12-10, 8-11 dan 11-6 untuk layak ke suku akhir. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan