Polis baling gas pemedih mata, meriam air tenteramkan penyokong fanatik - Fanatik Bola 2018 | mStar

Polis baling gas pemedih mata, meriam air tenteramkan penyokong fanatik

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 7:30 AM

Meriam air dihalakan kepada orang awam selepas berlaku kekecohan di Champs-Elysees, Paris. -Ludovic Marin/ AFP

(Ubah saiz teks)

KETIKA gelombang kemenangan diraikan di seluruh Perancis selepas pasukan negara itu memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia, berlaku pertembungan mengejutkan antara pihak polis dan penyokong yang terlampau gembira, di beberapa bandar negara tersebut.

Beberapa penyokong tegar tidak dapat mengawal kegembiraan mereka selepas Perancis membenam Croatia 4-2 dan secara tidak langsung ia mencalarkan kemenangan bersejarah itu dengan keganasan.

Terdapat penyokong yang tidak bertanggungjawab mula membuang sampah di kaki lima di Paris.

Turut berlaku adalah sikap mengecewakan penyokong yang membaling tin air kosong ke arah pihak polis yang cuba meleraikan mereka di beberapa lokasi di Lyon.

Des incidents à Lyon après France-Croatie

Des incidents à Lyon après France-Croatie. Des feux de poubelles ont été allumés et les forces de l'ordre prises à partie. -> https://france3-regions.francetvinfo.fr/auvergne-rhone-alpes/rhone/lyon/feux-poubelles-gaz-lacrymogenes-incidents-lyon-apres-victoire-france-1513065.html

Posted by France 3 Rhône-Alpes on Sunday, July 15, 2018


Pihak polis terpaksa membalas dengan menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Sementara itu, pihak bomba turut dilihat tiba untuk memadamkan api yang sengaja dibakar pada tin air minuman tersebut.

Keraian kemenangan malam Ahad juga tercemar di Marseille dengan bunga api, asap dan alat pelancar yang dicampak ke dalam garisan polis.

Sekali lagi, pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menundukkan orang awam yang turut memecahkan tingkap kereta serta menyalakan api pada tin minuman.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya, 10 tangkapan telah dibuat.

Insiden sama turut dilihat berlaku di Rouen di mana dua wartawan cedera ketika kekecehon ditimbulkan oleh penyokong fanatik.

Beberapa penyokong yang berbogel juga dilihat di Bordeaux untuk meraikan kejayaan pasukan negara mereka dan seorang daripada mereka mencemarkan kawasan air pancut di bandar tersebut.

Lebih mengejutkan, terdapat penyokong yang membakar kereta di Dataran Gambetta. - Russia Today

Tags / Kata Kunci: penyokong Perancis , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan