Dua penyokong Perancis maut dalam kekecohan yang tercetus daripada final Piala Dunia - Fanatik Bola 2018 | mStar

Dua penyokong Perancis maut dalam kekecohan yang tercetus daripada final Piala Dunia

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 10:21 AM

Penyokong Perancis terlibat dalam rusuhan yang terpaksa dileraikan oleh polis di Champs Élysées. - Reuters

(Ubah saiz teks)

DUA penyokong Perancis maut dalam keganasan yang berlaku di seluruh negara selepas kemenangan Les Bleus dalam Piala Dunia pada malam Ahad.

Ia merupakan antara kejadian terburuk yang berlaku di tengah-tengah Paris, di mana Champs Élysées masih ditutup pada awal pagi Isnin berikutan kejadian rusuhan di beberapa lokasi.

Di bandar Alpine Annecy yang terletak kira-kira 350 batu dari timur Paris, seorang penyokong berusia 50 tahun patah leher kerana melompat ke dalam sebuah terusan sebaik Perancis menumbangkan Croatia 4-2 di Moscow.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis baling gas pemedih mata, meriam air tenteramkan penyokong fanatik

Sementara itu, di Saint-Felix pula, seorang penyokong lelaki berusia 30-an meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya melanggar pokok kerana ingin meraikan kejayaan tersebut.

Kemalangan seperti itu turut mendapat perhatian skuad anti rusuhan yang terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan orang awam.

"Rusuhan berlaku selepas tengah malam apabila orang awam enggan bersurai.

"Beberapa kedai termasuk kedai ubat berhampiran Ard de Triomphe dirosakkan. Tingkap dipecahkan dan pegawai polis yang datang untuk meleraikan kekecohan pula diserang," kata sumber polis di Paris.

Apabila rusuhan semakin menjadi-jadi, pihak berkuasa terpaksa menghentikan operasi pengangkutan awam termasuk kereta api.

Seramai 4,000 polis dan anggota keselamatan dikerahkan di seluruh ibu negara Perancis sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini sempena kemunculan pertama negara itu dalam Piala Dunia sejak 2006.   - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: maut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan