Pilih Perancis atau Croatia? - Fanatik Bola 2018 | mStar

Pilih Perancis atau Croatia?

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 8:00 AM

Buyan memilih Croatia sebagai juara Piala Dunia 2018.

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA pemimpin sukan tanah air turut membuat ramalan pasukan pilihan yang bakal bergelar juara pada final Piala Dunia di antara Perancis dan Croatia di Rusia, malam ini.

"Perancis, 2-1 atau 2-0. Mereka mempunyai pemain bagus, dan mempunyai 'superb' pemain simpanan. Kalau tengok atas kertas, Perancis. Tetapi anda tidak tahu, bola sepak apa sahaja boleh berlaku." - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim.

"Perancis. 2-0 sebab mereka ada ramai pemain berpengalaman." - Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysi (MOM).

"Bola sepak sekarang dah berbah. Ringkas, pantas dan bilangan pertahanan. Jangkaan saya Perancis kerana pengalaman. Menang 1-0." - B. Sathianathan, Jurulatih Felda United.

"Dari segi perlawanan, Crotia lebih baik daripada Perancis walaupun mereka tak ramai pemain bintang. Penyudah yang cantik, ada gaya pemain Eropah sebenar. Jadi saya pilih Croatia 2-1." - Subkhiddin Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

"Pilih Croatia. Peluang terbaik untuk menang. Mereka telah lalui  proses panjang walaupun tahu Perancis pasukan yang hebat."  Christopher Raj, Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM.

"Jika ramai pilih Croatia, saya pula rasakan Perancis akan muncul juara. Pasukan itu memiliki kombinasi pemain muda dan senior dan mantap. Saya ramal Perancis menang 2-1." - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan.

"Saya berasal dari Croatia. Sebagai rakyatnya saya amat berharap Croatia menjuarai Piala Dunia 2018. Namun skuad kendalian Zlatko Dalic perlu waspada serangan balas Perancis. Saingan pasti sengit dan kedua-dua pasukan akan terikat 1-1. Namun akhirnya saya jangkakan Croatia akan menang menerusi sepakan penalti." - Jurulatih Bawah-19 negara, Bojan Hodak.

Selain itu turut menarik minat peminat bola sepak dunia apabila Buyan, seekor beruang jantan Siberia memilih Croatia untuk bergelar juara Piala Dunia 2018.

Kylian Mbappe (kiri) dan Luka Modric, tonggak utama Perancis dan Croatia.

Buyan memilih tembikai yang diletakkan bendera Croatia berbanding Perancis ketika satu majlis berlangsung di Zoo Royev Ruchey di  Krasnoyarsk, Rusia pada Sabtu.

Perlawanan final antara Perancis dan Croatia akan berlangsung pada pukul 11 malam ini (waktu tempatan) di Stadium Luzhniki, Moscow.

Tags / Kata Kunci: Ramalan , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan