"Saya tidak boleh hilangkan rasa kecewa pemain" - Fanatik Bola 2018 | mStar

"Saya tidak boleh hilangkan rasa kecewa pemain"

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

GARETH Southgate memuji pemain-pemain mudanya yang tampil di luar jangkaan pada aksi Piala Dunia 2018.

Malah skuadnya juga telah menunjukkan usaha luar biasa untuk mara ke final, namun terkandas di Croatia dalam saingan separuh akhir pagi Khamis.

Biarpun turut rasa kecewa keran impian membawa The Three Lions hanya selangkah di depannya, pengurus itu tetap tenang memujuk anak buahnya.


"Saya saya kami baharu saja kehilangan peluang, peluang perlawanan dan saya tidak mahu melupakannya terlalu cepat.

"Kami sepatutnya tidak terlepas pandang peluang yang ada ini, saat ini...kami semua merasakan kekecewaan dengan kekalahan ini.

"Patutkah kita perlu berada dalam situasi ini? Secara realistik, saya tidak terfikir antara kami semua akan  berada di sini.

"Imbas kembali 18 bulan lalu dengan ttiada siapa menjangkakan kami layak ke separuh akhir Piala Dunia.

"Tetapi apabila berada di sini, kami boleh menang perlawanan. Kami ada peluang untuk melakukan satu-satunya pasukan kebangsaan ini yang boleh mara ke final, yang gagal dilaksanakan sebelum ini," ujar Southgate.

Tambahnya lagi, walaupun gagal untuk ke final, Southgate menegaskan bahawa perancangan jangka panjang yang dibuat telah tercapai dengan keputusan sekarang.

"Kami memang kecewa tidak membawa negara ke saingan akhir, tetapi kami ingin menjadi pasukan yang berjaya mara ke suku akhir dan separuh akhir."

Tags / Kata Kunci: Gareth Southgate , England , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan