Hyde Park 'dibanjiri' air mata penyokong England - Fanatik Bola 2018 | mStar

Hyde Park 'dibanjiri' air mata penyokong England

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

SUASANA meriah dan sorakan gembira Hude park bertukar menjadi sunyi sebaik sahaja England tewas di tangan Croatia awal pagi Khamis.

Saingan separuh akhir Piala Dunia yang berlangsung di Moscow ditonton hampir 30,000 penyokong setia England menerusi paparan skin gergasi yang dipasang di Hyde Park.


Sepakan percuma cantik yang dihasilkan Kieran Trippier seawal minit keenam perlawanan membuatkan semua penyokong yang hadir seperti histeria.

Namun ia sepi sebaik sahaja Croatia menjaringkan dua gol kemenangan sekaligus menempah tiket ke pusingan akhir buat kali pertama.


Lebih menyedihkan penyokong The Three Lions itu apabila mereka tewas tipis pada masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh sebenar perlawanan.


Malah lebih mengecewakan lagi hanya selangkah untuk mencapai impian melihat England merangkul trofi Piala Dunia buat julung kalinya selepas tahun 1966.


Tags / Kata Kunci: England , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan