Dihina penyokong England, Kylian Mbappe pula 'serang' - Fanatik Bola 2018 | mStar

Dihina penyokong England, Kylian Mbappe pula 'serang'

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 7:25 AM

Kylian Mbappe. Foto AP

(Ubah saiz teks)

KYLIAN Mbappe membidas kritikan penyokong England yang memberitahu bahawa pasukannya 'pulang' dari Piala Dunia 2018.

Penyerang Perancis itu akhirnya ketawa selepas England kecundang pada saingan separuh akhir Piala Dunia 2018, sekali gus menyaksikan Perancis dan Crotia bakal bertemu pada perlawanan akhir Ahad ini.

Pemain muda itu telah menjaringkan sebanyak tiga kali dalam temasya sukan di Moscow, Rusia itu menghantar mesej 'menyengat' kepada penyokong England.

Instagram Kylian Mbappe.

Menerusi mesej yang ditulis di akaun Instagram miliknya, beliau berkata: "Ia pulang ke tanah air. Mustahil.

"Saya minta maaf... kerana saya sayangkan England tetapi buat mereka yang menghantar mesej-mesej bodoh dan penghinaan sehingga sekarang, anda layak menerima jawapan ini sekarang!" - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan