Final Piala Dunia:Tony Fernandes tawar tiket ke Rusia - Fanatik Bola 2018 | mStar

Final Piala Dunia:Tony Fernandes tawar tiket ke Rusia

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 11:10 PM

Foto: Instagram Tony Fernandes.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menawarkan  tiket pergi balik ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia, Ahad ini.

Fernandes memuat naik gambarnya memegang dua tiket ke Moscow di laman Instagramnya pada Selasa.

“Siapa yang ingin pergi menonton final Piala Dunia Ahad ini dengan tiket pergi balik dari KL dan penginapan di Rusia.

“Hanya sebutkan siapa anda sokong dan kenapa anda perlu dipilih untuk ke sana dalam 15 patah perkataan. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook saya.”

Perlawanan akhir bakal berlangsung pukul 11 malam Ahad ini.

Penentuan ke perlawanan akhir bakal berlangsung pagi Rabu melibatkan pasukan Perancis dan Belgium manakala satu lagi aksi separuh akhir melibatkan England bertemu Croatia Khamis ini.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Tony Fernandes , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan