'Drama' Neymar jadi ejekan seluruh dunia - Fanatik Bola 2018 | mStar

'Drama' Neymar jadi ejekan seluruh dunia

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 5:14 PM

Penyokong-penyokong Mexico berlakon terjatuh kecederaan.

(Ubah saiz teks)

'DRAMA' Neymar menjerit kesakitan ketika suku akhir bertemu Belgium Ahad lalu menjadi tular apabila penyokong di seluruh dunia meniru insiden 'Cabaran Neymar'.

Biarpun Neymar antara pemain bola sepak terkenal dengan bakatnya, sebaliknya berlaku apabila kelakuannya itu menjadi ejekan seluruh peminat Piala Dunia 2018.

Beberapa aksi sepanjang Piala Dunia, Neymar berguling dan menjerit kesakitan apabila betisnya dikatakan dipijak pemain lawan.

Sekumpulan kenak-kanak berlakon jatuh 'Cabaran Neymar'.

Malah ketika aksi bertemu Belgium, Neymar turun berlakon terjatuh ke kawasan kotak penalti akibat terkena kaki Maroune Fellaini.

Sebaliknya dia sendiri mengenakan kakinya ke arah pemain itu.


Selain itu, bintang Brazil ini juga turut mebuat lakonan ketika perlawanan bertemu Costa Rica dengan menjatuhkan dirinya apabila disentuh Giancarlo Gonzalez.

Cabaran Neymar itu mendapat sambutan hangat di laman Twitter, malah salah satu video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang menjalani latihan dan tiba-tiba jatuh tergolek seperti mengalami kecederaan.

Beberapa klip video juga menunjukkan sekumpulan penyokong yang sedang berdiri secara tiba-tiba menjatuhkan diri memegang kaki masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Cabaran Neymar , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan