Maradona mohon maaf - Fanatik Bola 2018 | mStar

Maradona mohon maaf

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mengkritik pengadil gara-gara kekalahan Colombia di tangan England pada peringkat kalah mati, legenda Argentina Diego Maradona akhirnya meminta maaf kepada Fifa.

Maradona mengakui menyesal dengan tindakannya mengkritik pengadil Mark Geiger selepas England mengatas Colombia menerusi penentuan penalti, awal pagi Rabu lalu.

Ikon Argentina itu mendakwa Colombia menjadi mangsa 'pencurian bersejarah'.

Ia merupakan kontroversi ketiga melibatkan Maradona yang kebanyakannya di kelilingi kehadiran orang-orang penting dan tetamu Fifa.

Fifa menyifatkan komen bekas pemain berusia 57 tahun itu sebagai tidak wajar dan tidak berasas.

Namun Maradona kini memilih untuk berdamai dengan pentadbir bola sepak itu dengan menegaskan dia hanya terbawa-bawa dengan perasaan kecewanya.

"Terbawa-bawa perasaan kecewa kerana bersorak untuk Colombia pada perlawanan itu. Saya kata ada beberapa perkara dan saya akui, sebahagian daripadanya sukar diterima.

"Saya memohon maaf kepada Fifa dan presidennya," tulis Maradona di Instagramnya.

Tags / Kata Kunci: Diego Maradona , Argentina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan