Selepas muncul wira Uruguay, Suarez kongsi berita gembira - Fanatik Bola 2018 | mStar

Selepas muncul wira Uruguay, Suarez kongsi berita gembira

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

PENJARING gol kemenangan Uruguay, Luis Suarez menggambarkan jaringannya pada penampilan antarabangsanya yang ke-100 bersama pasukan itu ketika menentang Iran awal pagi tadi sebagai menakjubkan.

Lebih menarik, Suarez turut memilih detik itu untuk berkongsi berita peribadi yang positif

"Seronok untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Uruguay dengan mencapai penampilan ke-100!!!

“Seronok untuk sekali lagi mencapai pusingan 16... dan lebih menggembirakan untuk berkongsi berita bahawa kami akan mendapat anak ketiga.

“Terima kasih atas semua sokongan, khususnya kepada orang isteri yang saya sayangi," katanya.

Suarez mencatat sejarah pada aksi ke-100 bersama Uruguay apabila membawa negara itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia apabila penyerang itu memanfaatkan kepincangan penjaga gol lawan untuk menyingkirkan Arab Saudi dengan kemenangan 1-0.

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol pada pertengahan babak pertama selepas penjaga gol Mohammed Al-Owais gagal menangkap kemas bola hasil sepakan sudut.

Jaringan itu meletakkan Uruguay di tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata di belakang tuan rumah Russia.

Kata Suarez, “Ia sesuatu yang hebat. Apa yang lebih membanggakan, Uruguay layak ke pusingan 16 Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

“Anda perlu berasa gembira (walaupun) ada perkara yang perlu diperbaiki. Kami tidak bermain seperti yang dikehendaki tetapi seperti yang kita lihat dalam Piala Dunia, apa yang mustahak adalah keputusannya.

“Apa yang kami mahukan ialah memenanginya dan beralih ke fasa seterusnya. Ini satu lagi demonstrasi betapa sukarnya untuk memenangi perlawanan Piala Dunia dan inilah Piala Dunia,"  tambahnya yang turut dipilih pemain terbaik perlawanan itu.


Tags / Kata Kunci: Suarez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan