Gol Costa tewaskan Iran - Fanatik Bola 2018 | mStar

Gol Costa tewaskan Iran

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 8:04 AM

Aksi Diego Costa (tengah) dalam perlawanan Kumpulan B antara Sepanyol dan Iran di Kazan Arena di Kazan, Rusia, awal pagi Khamis. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SEPANYOL menewaskan Iran dengan 1-0 dalam aksi kumpulan B Piala Dunia, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu hasil jaringan tunggal pemain Diego Costa.

Menerusi perlawanan di Kazan Arena di Kazan, Rusia, Costa menjaringkan gol pada minit ke-54.

Ia merupakan ledakan gol ketiga bintan bola sepak itu menerusi dua perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Sepanyol berkongsi tangga teratas bersama pasukan Portugal dengan empat mata.

Ia diikuti Iran dengan tiga mata menjelang perlawanan ketiga dan akhir kumpulan.

Sementar itu, pasukan Maghribi terpaksa berdepan dengan penyingkiran selepas tewas dalam dua perlawanan. 

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Piala Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan