Rusia hampiri pusingan kalah mati - Fanatik Bola 2018 | mStar

Rusia hampiri pusingan kalah mati

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUAN rumah Rusia semakin hampir untuk mara ke kelompok 16 terakhir Piala Dunia selepas menang 3-1 ke atas Mesir.

Ia adalah kemenangan bergaya buat Rusia di Saint Petersburg.

Rusia menguasai perlawanan sejak sepak mula dan terus selesa pada babak kedua dengan tiga gol dalam tempoh 15 minit.

Gol pertama Rusia diperolehi menerusi jaringan sendiri Ahmed Fathy sebelum Denis Cherychev dan Artem Dzyuba melengkapkan gol kemenangan pasukan itu.

Mohamed Salah yang diturunkan pada perlawanan itu bangkit meledak satu gol untuk Mesir menerusi sepakan penalti apabila VAR mengesahkan dia telah dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Mesir kini berada dalam kedudukan tidak selamat dan akan tersingkir jika Uruguay menundukkan Arab Saudi pada Khamis.

Pasukan kendalian Hectro Cuper itu menduduki tangga ketiga Kumpulan A manakala Rusia terus unggul di kedudukan teratas dengan enam mata.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan