Juara bertahan tewas di tangan Mexico - Fanatik Bola 2018 | mStar

Juara bertahan tewas di tangan Mexico

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2018 1:20 AM

(Ubah saiz teks)

JERMAN,MEXICO

JUARA bertahan Jerman membuka saingan perlawanan Kumpulan F dengan kejutan apabila tewas 0-1 kepada Mexico.

Hirving Lozano menjadi wira pasulan El Trocolor pada minit ke-35 dengan larian solo sebelum membuat tendangan kencang ke arah gol.

Anak buah Juan Carlos itu kemas mempertahankan kubu mereka biarpun juara 2014 itu cuba melakukan beberapa serangan berbahaya.

Rentak permainan semakin rancak pada babak kedua apabila skuad Joachim Low itu perkuatkan barisan serangan, namun agak longgar di benteng pertahanan.

Penjaga gol Mexico Ochoa menyelamatkan percubaan pemain Jerman,Timo Werner.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Senarai pemain

Jerman: Neuer, Kimmich, Boateng, Hummels, Plattenhardt (Gomez 79), Khedira (Reus 60), Kroos, Muller, Ozil, Draxler, Werner (Brandt 86).

Mexico: Ochoa, Salcedo, Ayala, Moreno, Gallardo, Layun, Guardado (Marquez 74), Vela (Alvarez 58), Herrera, Lozano (Jimenez 66), Hernandez.

Kumpulan F: Jerman, Mexico, Sweden, Korea Selatan


Tags / Kata Kunci: Kumpulan F
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan