Bola bocor jadi tumpuan aksi Australia-Perancis - Fanatik Bola 2018 | mStar

Bola bocor jadi tumpuan aksi Australia-Perancis

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2018 10:47 PM

(Ubah saiz teks)

HARI ketiga kempen Piala Dunia 2018 menyaksikan bola perlawanan bocor ketika aksi Perancis dan Australia.

Sama ada kedua-dua pemain pasukan menyepak terlalu kuat ataupun bola jenama Adidas keluaran pemilik sukan terkenal dunia itu mempunyai masalah.


Ketika perebutan bola di antara  pemain Australia dan Perancis, bola itu kelihatan kempis dan terpaksa ditukar.

Namun selepas 15 minit kemudian, ia berlaku sekali lagi.



Turut menjadi tumpuan ketika perlawanan ini adalah gelagat penyokong setia yang hadir dengan membawa identiti negara sendiri.

Penyokong Perancis datang dengan membawa replika sebuku roti dan memakai ‘key-chain’ Eiffel Tower serta memegang patung berbentuk ayam.



Manakala tidak ketinggalan penyokong Aussie membawa anak patung kanggaro malah ada yang turut memakai ‘jumpsuit’ Socceroos.

Pada perlawanan tersebut, Perancis mencatat kemenangan 2-1.

Tags / Kata Kunci: penyokong , bola , bocor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan