Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada hos Piala Dunia 2026 - Fanatik Bola 2018 | mStar

Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada hos Piala Dunia 2026

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 9:12 PM

Presiden Fifa Gianni Infantino (kanan) mengucapkan tahniah kepada wakil-wakil pembida Amerika.

(Ubah saiz teks)

AMERIKA Utara diputuskan bakal  menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa 2026.

Pada Kongres Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) yang berlangsung pada Rabu, undian memihak kepada Kanada, Mexcio dan Amerika Syarikat sekaligus menewaskan bidaan dari Morocco.

Amerika Syarikat mengumpul 67 peratus undian, manakala 33 peratus untuk Morocco.

Kali terakhir Amerika Syarikat menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1994, manakala Mexico pada tahun 1970 dan 1986.

Sebaliknya, Kanada tidak pernah menjadi penganjur untuk Piala Dunia tetapi menjadi tuan rumah untuk kategori wanita pada tahun 2015.

Lebih menarik, ketiga-tiga negara itu bakal memberi pas percuma untuk perlawanan peringkat kumpulan, namun ia akan disahkan oleh Fifa kelak.

Selain itu, Qatar menjadi tuan rumah untuk edisi Piala Dunia 2022.

Tags / Kata Kunci: Amerika Utara , 2026 , Piala Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan