Sepanyol pecat Lopetegui! - Fanatik Bola 2018 | mStar

Sepanyol pecat Lopetegui!

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

KURANG 24 jam diumumkan sebagai pengurus baharu Real Madrid, Julen Lopetegui dipecat selaku jurulatih Sepanyol.

Hanya lebih kurang sehari aksi Piala Dunia bakal membuka tirai, Persatuan Bola Sepak Sepanyol memecat ketua jurulatihnya pada Rabu.

Pengurusan tertinggi Sepanyol FA merasakan pengumuman Lopetegui sebagai pengendali Real tidak kena pada masanya.

Walaupun pemain-pemain merayu untuk mengekal jurulatih itu sepanjang kempen Piala Dunia, namun ia tidak mampu mengubah keputusan tersebut.


Dan bekas pemain Real Madrid, Fernando Hierro diangkat sebagai jurulatih baharu skuad La Roja.

“Kami berterima kasih apa yang telah Julen lakukan kepada pasukan sehingga kami berada di Rusia, tetapi kami terpaksa memecatnya,” ujar Presiden Sepanyol FA, Luis Rubiales.

“Saya tidak rasa dia belot, tetapi masalahnya apa yang telah dibincangkan tanpa wakil daripada Sepanyol FA, itu perkara yang kami tidak boleh terima.

“Kami hanya diberitahu lima minit sebelum kenyataan media disebarkan.”

Tags / Kata Kunci: Sepanyol , jurulatih Lopetegui
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan