Lelaki ditahan terlibat judi Piala Dunia - Fanatik Bola 2018 | mStar

Lelaki ditahan terlibat judi Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 5:41 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rajang di sini, semalam kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi bola sepak Piala Dunia 2018.

Serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu pada 8 malam tadi itu turut menemukan beberapa slip pertaruhan daripada lelaki terbabit yang juga menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram.

Ketua  Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dennis Leong berkata sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM545 turut dirampas dalam serbuan tersebut.

“JSJ Sarawak melancarkan operasi mencegah kegiatan judi bola sepak ini pada Ahad lalu. Sekiranya bookie antarabangsa dan tempatan tidak dibendung semasa Piala Dunia ini, ia akan membawa kepada kegiatan mengatur perlawanan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Lelaki terbabit kini disiasat di bawah Akta Pertaruhan 1953 (Disemak - 1992) dan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, katanya.Perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia, dijadual bermula Khamis. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Judi , bola
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan