Takbir raya iringi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 - Fanatik Bola 2018 | mStar

Takbir raya iringi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 6:00 PM

Pasukan tuan rumah menjalni latihan akhir sebelum perlawanan pertama menetang Arab Saudi pada Khamis malam.

(Ubah saiz teks)

RUSIA, ARAB SAUDI

APABILA 22 pemain, Rusia dan Arab Saudi melangkah masuk Stadium Luzhniki, Moscow sekitar 10 malam waktu Malaysia (Khamis), ia bakal diiringi takbir Aidilfitri di seluruh dunia Islam.

Kebetulan? Tidak kira dirancang atau tidak, pestabola terbesar Piala Dunia edisi ke21 bakal mengundang tumpuan berbilion manusia merentasi sebuah negara besar, unik dan berbilang budaya.

Inilah perlawanan rasmi pertama stadium yang baharu siap dinaik taraf yang boleh menampung 81,000 penonton.

Adakah ‘si helang hijau’ akan menjadi habuan tuan rumah dalam aksi pembukaan Kumpulan A yang turut membabitkan dua pasukan lagi iaitu, Mesir dan Uruguay.

Sebenarnya ia bukan misi mudah buat anak buah Stanislav Cherchesov untuk menjinak skuad dari benua Arab yang dikendali Juan Antonio Pizzi.

Berdasarkan rekod Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Arab Saudi tiga tangga di atas Russia, ke-67.

Pemain-pemain Arab Saudi bersantai seketika sebelum menjadi latihan.

Ketika Rusia diletak sebagai pilihan, jarang tuan rumah kecundang pada aksi pembukaan, namun Arab Saudi dianggap mampu buat kejutan.

Aksi persahabatan menentang Jerman baru-baru ini, mereka mengikat lawan 2-2 walaupun satu ketika ketinggalan 0-2 malah nyaris mencipta kejutan pada saat akhir.

Arab Saudi adalah negara Asia pertama mendapat penghormatan beraksi pada perlawanan pembukaan dalam sejarah kejohanan.

Kedua-dua pasukan hanya bertemu sekali sebelum ini iaitu aksi persahabatan pada 1993 yang memihak Saudi 4-2.

Dua pemain bakal menjadi tumpuan yang mungkin akan mengubah nasib kedua-dua pasukan berkenaan ialah Fedor Smolov (Russia) dan Mohammad Al Sahlawi.

Sebanyak 12 gol dalam 32 perlawanan antarabangsa sudah cukup memberi keyakinan kepada Smolov untuk tidak mengecewakan penyokong mereka.

Berusia 28 tahun, penyerang FC Krasnodar ini turut meledak 14 gol dalam 22 perlawanan Liga Perdana Russia musim ini.

Mohammad Al Sahlawi punya pengalaman luas dan dan dijangka aksi terakhir Piala Dunia bagi pemain berusia 31 ini.

Dia adalah ‘Pemain Terbaik Liga Saudi’ dua musim berturut-turut, 2013/2014 dan 2014/2015.

Al Sahlawi merakam 16 gol sepanjang aksi kelayakan, lapan darinya ketika menentang Timor Timur menyaksikan Saudi menang 7-0 dan 10-0, namun sepanjang siri perlawanan persahabatan menentang Moldova, Ukraine, Belgium, Algeria, Greece, Peru dan Jerman,dia gagal menyinar.

Jelas mengikut statistik di atas kertas, Smolov berada lebih di depan.

Jadi siapa pilihan anda malam esok? Jangan lupa selepas berbuka, bertarawih dan bertakbir, kita menghadap TV1 atau Astro Supersport untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka seimbang dan menarik. Selamat menonton!

Tags / Kata Kunci: Arab Saudi , Rusia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan