Tiga ikon antarabangsa gamatkan upacara pembukaan - Fanatik Bola 2018 | mStar

Tiga ikon antarabangsa gamatkan upacara pembukaan

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

SEBELUM aksi sepak mula Rusia menentang Arab Saudi pada temasya Piala Dunia 2018, tiga bintang antarabangsa akan memeriahkan suasana di Stadium Luzhniki, Moscow.

Ikon muzik global, Robbie Williams akan menghiburkan penyokong bersama dengan penyanyi soprano Rusia, Aida Gariffullina.

Artis berusia 44 tahun itu dalam satu kenyataan meluahkan rasa teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah temasya berprestij berkenaan.

"Saya amat gembira dan teruja kembali ke Rusia untuk melakukan persembahan unik.

"Saya melakukan banyak perkara dalam karier saya dan membuat persembahan di Piala Dunia merupakan mimpi saya sejak zaman kanak-kanak lagi," katanya.

Format acara pembukaan Piala Dunia kali ini sedikit berbeza berbanding edisi sebelumnya.

Kali ini, upacara pembukaan ini akan memberi tumpuan kepada persembahan muzik dan akan bermula setengah jam sebelum aksi sepak mula yang dijadualkan pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Bekas penyerang Brazil, Ronaldo yang dikenali sebagai 'O Fenomeno' juga akan mengambil bahagian daripada upacara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2018 , upacara pembukaan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan