Rusia mahu ulangi episod ngeri Salah - Fanatik Bola 2018 | mStar

Rusia mahu ulangi episod ngeri Salah

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 8:01 AM

Salah sudah kembali berlatih dan akan diturunkan pada aksi pembukaan Sabtu ini.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Rusia, Llya Kutepov mengingatkan Mohamad Salah bahawa Rusia akan berusaha keras untuk mengekang kelincahan pemain tersebut.

Dalam erti kata lain, Kutepov mahu mengulangi kontroversi yang dicetuskan Sergio Ramos ketika aksi final Liga Juara-Juara, 27 Mei lalu.

Salah terpaksa dikeluarkan pada aksi final itu selepas bergelut dengan kecederaan bahu akibat dikasari Ramos.

Sejak itu, Salah berusaha keras untuk memulihkan kecederaan tersebut bagi membolehkannya memperkuat Mesir pada aksi pembukaan menentang Uruguay pada Sabtu ini.

Beberapa hari kemudian, Rusia akan melayan kunjungan Mesir di St Petersburg dan Salah perlu lebih waspada dengan ancaman lawan.

"Corak permainan Salah tidak membimbangkan saya. Bagaimana anda halang dia? Mudah saja, anda boleh lakukan apa yang dilakukan Sergio Ramos sebagai contoh.

"Dia menunjukkan satu cara untuk menyekat kelincahannya dan saya tak kata saya sedih melihat dia bergelut dengan kecederaan semasa di final.

"Saya berharap agar dia cepat sembuh dan gembira jika dia boleh beraksi pada Piala Dunia kerana ia memperbaiki corak permainan anda apabila bertemu pemain bijak seperti Salah," kata Kutepov.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Salah , Piala Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan