Ini bukan mimpi: Malaysia 1 Brazil 0 - Fanatik Bola 2018 | mStar

Ini bukan mimpi: Malaysia 1 Brazil 0

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

MALAM tadi Sabtu 31 Ogos 2030, detik paling penting dalam sejarah bola sepak global – perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil - Malaysia bertemu Brazil, aristocrat yang kembali menggayakan keindahan permainan itu selepas sekian lama tenggelamnya era keagungan Pele – sang legenda agung.

Brazil juga bangkit dari kekalahan memalukan 1-7 pada separuh akhir kejohanan sama 2014 di gelanggang sendiri. Sejak itu ‘Little Canary’ – ‘si burung kenari’ – tidak pernah tewas malah permainan mereka makin mengasyikkan – macam kata Pele ‘The Beautiful Game’.

Brazil adalah juara bertahan selepas menang 3-2 ke atas Jerman pada 2026 di Seoul, gelanggang yang pernah merakam peristiwa paling hina dalam sejarah olahraga dunia, apabila pelari hitam dari Kanada, Ben Johnson, mengguna anabolic steroid untuk menipu dan memenangi acara 100 meter Olimpik 1988.

Malaysia, sebuah negara industri terulung rantau Asia mengatasi kehebatan Jepun dan Korea Selatan yang tewas kepada Perancis pada suku akhir menerusi penalti, empat tahun lalu.

Berdasarkan prestasi semasa, pertemuan Malaysia-Brazil dilabel paling ideal dan bakal mencetus perlawanan klasik sejak pertembungan Brazil-Itali, 60 tahun lalu di Mexico.

Malaysia melayakkan diri ke akhir selepas menjuarai Kumpulan B dengan mengetepikan cabaran England 2-1, Cameroon 3-0, dan seri dengan New Bosnia Herzegovina 0-0 pada peringkat kumpulan.

Malaysia kemudian menebus kekecewaan empat tahun lalu, mengalahkan Perancis 4-0 dalam suku akhir dan Jerman 2-0 pada separuh akhir. Malaysia ‘kangkungkan’ dua pasukan hebat dari Eropah itu.

Sebenarnya, Malaysia pernah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pada 2026, hampir semua negara gabungan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi sokongan padu, kecuali England dan Australia.

England bermati-matian untuk mendapat hak kerana sudah lama tidak menjadi tuan rumah dan mereka menganggap hanya dengan cara itu saja dapat menebus kehampaan apabila kali terakhir menganjur dan muncul juara pada 19661,serta tidak dapat menerima hakikat negara yang pernah dijajahnya, begitu pesat membangun terutama dalam sukan bola sepak.

Australia pula masih berdendam apabila kalah 40-25 undi ketikabersaing dengan Kuala Lumpur untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998, serta pertelingkahan Perdana Menteri mereka, Paul Keating, dengan rakan sejawatnya di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dulu.

Bagaimanapun kemudahan stadium yang memenuhi syarat FIFA - pernah mendapat ‘Anugerah Stadium Terbaik Dunia - dibantu pula suasana politik paling mantap, kekukuhan ekonomi di mana indeks komposit pernah mencecah angka 50,000 mata, meletakkan Malaysia pilihan popular.

Ketika seluruh dunia diancam masalah sosial, hooliganisme di hampir setiap stadium bola sepak seluruh Eropah dan cuaca tidak menentu, keadaan di Malaysia pula sesuai untuk semua pasukan. Kadar pencemaran di bawah paras kosong.

Tiada laporan penipisan ozon yang penyebabkan kebakaran mengejut. Semuanya kerana keperihatinan rakyat Malaysia. Perubahan sikap ini adalah ekoran tumbangnya kondominium Highland Towers, pada 1993 yang meragut 48 nyawa. Tiada lagi banjir kilat selepas sistem perparitan berkomputer di seluruh negara diperkenal.

Kesempatan menjadi tuan rumah itu juga meletakkan Malaysia sebagai pasukan pilihan dan Malaysia jarang menghampakan apabila bermain di gelanggang sendiri.

Lebih empat dekad lalu, Tan Sri Rashid Sidek, seorang tokoh korporat yang disegani, memulakan era jaguh kampong apabila memenangi hampir semua gelaran badminton antarabangsa yang berlangsung di Stadium Negara, gelanggang yang sudah tidak wujud lagi kerana menjadi mangsa pembangunan pesat.

Turut lenyap ialah Stadium Merdeka, arena yang memintal pelbagai suka duka bola sepak Malaysia, serta detik perisytiharan kemerdekaan oleh bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, 73 tahun lalu.

Rashid serta dua abangnya, Datuk Jalani, dan Datuk Seri Razif serta Tan Sri Foo Kok Keong, Tan Sri Cheah Soon Kit, dan Datuk Soo Beng Kiang, turut mengembalikan Piala Thomas ke Malaysia, 38 tahun lalu. Rentetan kejayaan agung itulah membawa mereka menjadi usahawan dan jutawan terkenal kini.

Dalam arena bola sepak begitu juga. Kini, Malaysia sudah dua kali muncu juara Piala Asia pada 2004 dan 2012, kedua-duanya berlangsung di Kuala Lumpur - bandaraya teragung, termoden, paling dinamik.

Perlawanan akhir malam tadi juga tiada bezanya. Walaupun Brazil di terima sebagai pelopor bola sepak terkini, mengabungkan kesenian rentak Pele, Garrincha, Paulo Cesar, Zico, Eder dan Dr Socrates, tapi ia mampu ditandingi darisemua sudut oleh Malaysia, yang mempunyai ciri lebih hebat mirip kelasakanbintang-bintang American Football.

Kebangkitan ahli sukan negara khususnya bintang bola sepak di segi susuk tubuh yang begitu sasa, menjadi satu misteri kepada dunia luar. Seperti biasa, pengguna dadah dikaitkan tapi ujian saintifik tidak pernah dapat membuktikannya.

Semua itu adalah hasil kerja keras selama berpuluh tahun Institut Pemakanan dan Sains Sukan Negara (IPSN), menghasilkan pil perangsang tanpa bahan kimia dan yang pasti ia disahkan halal oleh Pusat Islam.

Ia juga lebih hebat berbanding resepi darah dan daging penyu yang pernah diilhamkan oleh seorang jurulatih olahraga dari China, Ma Junren, 37 tahun lalu.

Malaysia juga agak bernasib baik. Barisan pemain dan simpanan semuanya cucu dan cicit bekas jagoan Negara seperti Sexton Lourdes, Chow Chee Keong, R Arumugam, Edwin Dutton, Abdullah Nordin, M Chandran, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Jamal Nasir, Wong Choon Wah, Shukor Salleh, Dali Omar, Arthur Koh, Syed Ahmad, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Isa Bakar, dan Shahruddin Abdullah.

Kemahiran yang diwarisi saling tak tumpah itu memudahkan jurulatih import, Roberto Baggio, 63, bekas penyerang utama Itali yang menggegar di Amerika Syarikat pada 1994 lalu dan dibantu oleh jurulatih tempatan, anak kepada  M Karathu, nama paling menyerlah dalam Liga Semi-Pro yang dilancarkan 41 tahun lalu, mengadunkan satu corak yang menjadi pujaan seluruh dunia.

Pada 7.30 malam, semua jalan utama menuju Bukit Jalil, kelihatan tenang tapi lebih 170,000 penonton telah pun memenuhi setiap ruang. Orang ramai lebih gemar menaiki kenderaan awam seperti LRT, MRT, KTM Laju, ETS ini menjadikan perjalanan dari semua arah ke stadium begitu selesa dan nyaman.

Kenderaan itu semuanya dikendalikan oleh robot ciptaan Jepun berteknologi Malaysia. Jadi soal maki hamun antara pemandu dan penumpang dapat dihapuskan 100 peratus serta tiada lagi penipuan laluan yang ditetapkan JPJ dan APAD.

Tiada perubahan besar ke atas undang-undang permainan kecuali FIFA memperkenal dua pengadil dan empat penjaga garisan menjalankan tugasan serentak juga ulang tayang rakaman video dibenarkan. Semuanya dilakukan untuk mengurang keputusan kontroversi yang sering tercetus apabila pengadil dan penjaga garisan tidakberada di tempat yang terbaik ketika membuat keputusan.

Separuh masa pertama penuh dramatik, tegang dan menghiburkan berlalu tanpa jaringan. Dua percubaan Malaysia hampir meroboh kubu Brazil yang kali pertama dalam sejarah dapat menghasilkan penjaga gol pintar, sehebat Gordon Banks dari England pada 1996.

Permainan diteruskan dalam cuaca dingin tapi segar. Corak Malaysia makin menggigit dan Brazil tambah mengancam, menjadikan pertemuan ini amat klasik. Seorang pengulas televisyen dari England yang membuat ulasan secara langsung menyifatkan pertemuan itu sebagai yang teragung.

Drama makin ke  penghujung. Kedudukan masih tidak berubah walaupun permainan hanya tinggal beberapa saat untuk tamat dan diheret ke tambahan masa. Pemain Malaysia tetap segar - terima kasih kepada ramuan pemakanan IPSN itu.

Tapi dalam satu serangan balas di sebelah kiri, cucu Chandran menolak pantas kepada cicit Ghani yang tidak dikawal. Mewarisi kepantasan moyangnya, dia meluru sambil memintas pemain pertahanan sebelum melorong bola kepada cucu Mokhtar yag berada di gigi kotak penalti.

Cicit Mokhtar menerima hantaran dengan kemas. Dia diasak oleh sweeper Brazil. Tapi sifat tenang mewarisi ’nyang’, sepantas kilat dia memusing badan dan melepassatu tendangan paling kencang dan terpenting dalam hidupnya.

Bola terkena palang disebelah dalam sebelum menjunam melintasi garisan gol - mirip peristiwa jaringan Geoff Hurst ketika England menentang Jerman pada akhir 1966 yang dipertikaikan hingga hari ini. Tapi kali ini tidak. Penjaga garisan dan pengadil tidak teragak-agak mengesahkanny

Walaupun penjaga gol dan beberapa pemain Brazil lain bagaikan cuba membantah tapi terpaksa menerima hakikat, dua pengadil dan empat penjagagarisan, adalah malapetaka bagi Brazil malam tadi. Kira-kira 170,000penonton bertempik menyaksikan Malaysia juara Piala Dunia edisi ke-24 dan seluruh negara berpesta sepanjang malam - pesta kemerdekaan ke-73 paling gemilang dalam sejarah Malaysia moden

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan