Archilles psikik Piala Dunia 2018 - Fanatik Bola 2018 | mStar

Archilles psikik Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

ST PETERSBRURG: Sepertimana peminat bola sepak lain yang cuba meramal keputusan perlawanan, begitu juga dengan seekor kucing bernama Archilles.

Kucing putih gebu yang tinggal di muzium Hermitage, St Pettersburg di Rusia itu akan membuat ramalan perlawanan untuk Piala Dunia Fifa yang akan berlangsung di Rusia, dua minggu lagi.

Menerusi Piala Dunia pada 2010, sotong bernama Paul menjadi selebriti kerana kejayaannya meramal kemenangan pasukan Sepanyol.

Archilles sebelum ini pernah membuat ramalan keputusan untuk Piala Konfederasi 2017.

Malah, Archilles adalah seekor kucing yang pekak.

Ini bermakna dia tidak akan mudah terganggu dengan wartawan yang menunggu sewaktu dia membuat ramalan menggunakan dua mangkuk makanan yang dilekatkan dengan bendera pasukan.

Untuk sesi latihan, Archilles memakai jersi berwarna merah, melihat carta pasukan dan jadual perlawanan sebelum meneruskan latihan senaman beroda.

"Archilles kini sedang bekerja, dia sedang bersiap untuk piala dunia dan sedang dalam proses adaptasi.

"Dia selalu diberi makan melebihi apa yang sepatutnya. Apabila dia datang, dia kelihatan seperti bola. Jadi kami bagi dia diet di sini," ujar veterinar, Anna Kondratieva.

Selain menjalani latihan, Archilles juga boleh ditemui sedang berposing untuk gambar di sekitar muzium, membina persona selebritinya yang akan menjadi perhatian ramai menjelang Piala Dunia tidak lama lagi.-Reuters

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2018
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan