Marquez raih gelaran GP Malaysia - F1 dan Motor | mStar

Marquez raih gelaran GP Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2018 2:50 PM

Marc Marquez. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara Dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team muncul juara Grand Prix Motosikal Malaysia.

Pelumba Sepanyol itu mencatatkan masa 40 minit dan 32.372 saat (s).

Di tempat kedua ialah rakan senegaranya, Alex Rins daripada pasukan Team Suzuki Ecstar dengan catatan masa 40:34.270s manakala pelumba Perancis Johann Zarco daripada pasukan Monster Yamaha Tech 3 di tempat ketiga dengan masa 40:34.846s.

Rakan sepasukan Zarco,  Hafizh Syahrin daripada Malaysia menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan catatan masa 40:59.291s. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Marc Marquez , MotoGP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan