Jazeman, Weiron, Nabil kali pertama naik podium di Silverstone - F1 dan Motor | mStar

Jazeman, Weiron, Nabil kali pertama naik podium di Silverstone

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2018 7:58 AM

Kredit gambar: Twitter Syed Syaddiq

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trio pelumba Malaysia di Kejohanan Endurance Dunia  (WEC),  Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri menaiki podium buat julung kalinya selepas mendapat tempat kedua dalam perlumbaan “6 Hours of Silverstone”  Kelas Prototaip Le Mans 2 (LMP2) di litar Silverstone, United Kingdom, pada Ahad.

Jazeman, Nabil dan Weiron daripada pasukan  Jackie Chan DC Racing X Jota mengakhiri perlumbaan di belakang rakan sepasukan – Stephane Richelmi, Gabriel Aubry, Ho-Pin Tung yang mendapat tempat pertama di Silverstone sementara tempat ketiga diperoleh pasukan Signatech Alpine Matmut.

Dengan kemenangan ini, Jazeman, Nabil dan Weiron kini berada di kedudukan  kelima  dalam   keseluruhan  perlumbaan.

"Alhamdulillah! P2 hari ini dalam perlumbaan hujung minggu Kejohanan Endurance Dunia. Terima kasih kepada pasukan dan rakan pasukan saya. Kami mencipta sejarah.  Hari yang sungguh bermakna.  Mari  terus kerja keras,” kata Nabil dalam catatan twitternya di sini pada Isnin.   

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah  kepada  mereka  dalam catatan di akaun Instagramnya seperti yang dipetik:  “Saya  kagum  dengan  pencapaian  wira-wira Malaysia, mereka mendapat P2 dalam LMP2 WEC dan ini podium sulung buat mereka musim ini. Tahniah saudara!" - Bernama

Tags / Kata Kunci: Jazeman Jaafar , Weiron Tan , Nabil Jeffri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan