Tiada mata untuk Hafizh Syahrin - F1 dan Motor | mStar

Tiada mata untuk Hafizh Syahrin

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2018 12:45 PM

Hafizh Syahrin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Grand Prix Motosikal Amerika tanpa sebarang mata, awal pagi Isnin.

Pada perlumbaan di Litar Amerika , Austin, Texas, Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di selekoh pertama ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan.

"Saya rasa begitu bertenaga pada permulaan perlumbaan, tetapi mungkin kerana saya membrek dengan agak keras. Bagaimanapun, saya mendapat rentak yang baik dalam perlumbaan ini.

"Sejujurnya, saya agak kecewa dengan prestasi saya kali ini. Namun, saya pasti akan bangkit dengan lebih kuat dalam perlumbaan seterusnya, “katanya menerusi laman instagram pasukan @monsteryamahatech3.

Terdahulu, pelumba motor Monster Yamaha Tech 3 itu bermula di petak ke-16 selepas merekod masa 2:5.873s pada sesi kelayakan.

Perlumbaan kali ini dimenangi pelumba Sepanyol, Marc Marquez daripada Repsol Honda Team diikuti Maverick Vinales (Sepanyol) daripada Movistar Yamaha MotoGP dan Andrea Iannanone (Itali) daripada Team SUZUKI ECSTAR, di tempat ketiga.

Setakat tiga perlumbaan MotoGP musim ini, Hafizh Syahrin telah mengumpul sembilan mata dan menduduki tempat ke-13.

Perlumbaan keempat akan berlangsung di Jerez, Sepanyol pada 4 hingga 6 Mei. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hafizh Syahrin , MotoGP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan