Hamilton Positif Dapat Kontrak Baharu Bersama Mercedes - F1 dan Motor | mStar

Hamilton Positif Dapat Kontrak Baharu Bersama Mercedes

Diterbitkan: Jumaat, 23 Februari 2018 3:55 PM

Hamilton (kanan) bersama rakan sepasukan Valtteri Bottas dan Pengarah Eksekutif Mercedes, Toto Wolff pada pelancaran jentera baharu, W09.

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton berharap kontraknya bersama Mercedes akan disambung tidak lama lagi.

Hamilton mendedahkan dia sudah bersedia untuk menandatangani kontrak baharu dengan Mercedes yang bernilai 40 juta pound sebelum bermulanya musim baharu di Melbourne Mac ini.

Juara dunia empat kali itu memberitahu perkara tersebut ketika pelancaran jentera baharu pasukan W09 di Silverstone pada Khamis.

"Harapnya kami akan dapat selesaikan sesuatu sebelum permulaan pertama bermula," ujar pelumba berusia 33 tahun itu.

Bagaimana pun Hamilton juga mengakui tidak perlu terburu-buru mengenai kontrak kerana dia yakin apa yang akan diperolehinya.

Sebelum ini Hamilton 'melarikan' diri daripada media selepas mendapat kritikan dia bergurau dengan anak buahnya mengenai pakaian.

"Saya sangat terbuka mengenai kehidupan sendiri dan sukar untuk mengubahnya.

"Saya akan terus berkongsi apa yang saya lakukan. Mungkin ia sebahagian daripada strategi dan tahu mana yang boleh kongsi atau tidak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Mercedes
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan