Hafizh Syahrin Sah Bergelar Suami - F1 dan Motor | mStar

Hafizh Syahrin Sah Bergelar Suami

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 9:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin selamat bergelar suami kepada Noor Suzana Abdul Manaf pada Khamis.

Hafizh yang beraksi bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia itu memuat naik gambar akad nikah di laman Instagram miliknya.


Pelumba berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan Kejuaraan MotoGP kategori Moto2 tahun ini dengan menduduki tempat kesepuluh keseluruhannya mengumpul 106 mata.

Bertukar status tidak mengubah semangat Hafizh kelahiran Selangor itu untuk terus beraksi lebih cemerlang musim depan dan dijangka akan bersama dengan pasukan baharu, SIC.

Majlis resepsi bakal diadakan pada Sabtu ini (16 Disember) di Dewan Sri Iskandar Setiawangsa.

Tags / Kata Kunci: Hafizh Syahrin , Kahwin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan