Hamilton Disiasat Dakwaan Elak Cukai

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton didakwa mendapat hasil pulangan semula Cukai Nilai Tambah (VAT) berjumlah 3.3 juta pound sterling selepas mengimport pesawat mewahnya ke Isle of Man.

Namun, bayaran balik cukai yang diperolehinya menyebabkan juara dunia Formula Satu (F1) itu akan didisiasat jabatan percukaian pihak berkuasa Britain atas kesalahan mengelak cukai dalam urusan pembelian jet peribadinya.

Menurut dokumen percukaian yang bocor, Hamilton, 32, didakwa mengimport pesawat mewah jenis Bombardier CL605 Challenger CL605 berharga 16 juta pound sterling pada 2013.

Mengikut peraturan cukai Kesatuan Eropah (EU), sesebuah syarikat atau pemilik persendirian mengimport sebuah kapal terbang, mereka perlu membayar 20 peratus cukai VAT yang hanya boleh dituntut semula jika untuk kegunaan perniagaan.

Pendedahan tersebut dikeluarkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa firma perakaunan, EY dan Appleby membantu Hamilton dan berpuluh-puluh pelanggan lain menubuhkan perniagaan yang berunsurkan pajakan bagi mendapatkan rebat VAT.

Urusan yang dilakukan cukup terperinci dengan membabitkan individu yang menubuhkan entiti menyewa jet mereka sendiri dan ia mungkin melanggar peraturan Kesatuan Eropah, melarang sebarang bayaran balik dilakukan untuk kegunaan sendiri.

Hamilton meninggalkan United Kingdom untuk menetap di Monaco sebelum berhijrah ke Switzerland pada 2007 untuk mengurangkan bayaran cukainya di negara itu.

Pada tahun ini, harta kekayaannya diisytiharkan bernilai 131 juta pound sterling oleh Sunday Times Rich List.


Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , jet peribadi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan