Rossi Bagaikan Ada Mata Di Topi Keledar

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Perancis, Johann Zarco yang beraksi buat kali pertama dalam MotoGP musim ini, merasakan adalah amat sukar untuk memotong Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP ketika perlumbaan.

Pelumba berusia 27 tahun daripada Monster Yamaha Tech 3 berkata pelumba Itali itu adalah sukar untuk ditandingi kerana beliau bagaikan dapat merasai niat pelumba lain untuk memotongnya.

“Saya ingin katakan adalah sukar untuk memotong Rossi. Beliau bagaikan boleh melihat dan merasai anda.  Kadangkala saya merasakan Rossi bagaikan mempunyai mata pada topi keledarnya kerana beliau boleh merasa anda ada berhampiran untuk memotongnya.

"Jika anda bersedia untuk memotong beliau, Rossi akan melawan dan kelihatan seperti beliau memberikan isyarat Tidak, Tidak, Tidak kepada anda, “ katanya dalam sidang media praacara di sini Khamis.

Zarco berkata demikian ketika ditanya pelumba mana yang paling sukar untuk beliau memotong  sama ada Marc Marquez daripada Repsol Honda atau Rossi dalam perlumbaan MotoGP.

Zarco juga berkata juara dunia tiga kali itu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa perlumbaan  kerana beliau akan membenarkan pelumba lain memotongnya.

“Dengan Marquez , jika anda cuba mengasaknya,  beliau akan memberikan laluan.  Beliau lebih yakin untuk memberikan anda laluan kerana beliau tahu beliau boleh memotong anda kemudian,” katanya.

Sementara itu, para pelumba juga menyedari keadaan cuaca yang tidak menentu  dijangka dalam  perlumbaan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, mereka akui cuaca yang berubah-ubah, litar yang cepat kering dan kadang-kadang  ribut melanda adalah  cabaran utama dalam persiapan untuk pemenang.

Juara bertahan, Marquez berkata beliau akan menunggang dengan gelaran itu di mindanya dan akan bertarung mempertahankannya hujung minggu ini, yang beliau gambarkan sebagai hujung minggu yang istimewa.

“Saya mempunyai dorongan dan mentaliti yang sama.  Saya akan berusaha pada sesi latihan ke tahap maksimum sebagai persediaan perlumbaan.  Saksikan bagaimana kami bertarung dan mengakhirinya Ahad ini,” kata beliau.

Marquez berkata Litar Sepang adalah satu daripada litar yang paling mencabar walaupun  pasukannya  sudah melakukan ujian persendirian tambahan semasa pramusim.

“Di sini , pada masa lalu saya ada naik dan turun … ia bukan litar terbaik untuk saya.  Kami akan lihat sejauh mana kami akan sampai,” katanya.

Andrea Dovizioso daripada ITA-Ducati pula mengeluarkan amaran bahawa beliau akan mencuba segalanya bagi memastikan gelaran juara MotoGP itu masih terbuka.

 Dovizioso, 31 menyukai Litar Sepang kerana  beliau mencipta kenangan manis apabila memperoleh  kemenangan sulungnya dalam MotoGP di litar ini tahun lepas, juga yang pertama baginya sejak 2009.

“Tahun lepas, ia adalah kemenangan dan persaingan yang menakjubkan dengan Valentino (Rossi) dan (Andrea) Iannone.  Saya mempunyai kenangan manis dan amat menyukai menunggang di litar ini.

"Pada masa lalu pada waktu kering kami tidak begitu berdaya saing, tetapi saya jangka ia akan berbeza tahun ini. Dan kami perlu bersedia untuk segala keadaan,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MotoGP , Valentino Rossi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan